Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
Mengenai Kami

Selamat datang ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG). SISPAA JKPTG adalah saluran rasmi untuk menguruskan  aduan dan maklum balas ke atas sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan Pembahagian Pusaka, Tanah Milik Persekutuan, Hakmilik Strata, Perakaunan Hasil dan Perundangan Tanah. Pelanggan yang berhasrat untuk mengemukakan maklum balas diminta memastikan butiran maklum balas di bawah adalah lengkap untuk memudahkan proses siasatan. Sila nyatakan :

i.  Nombor Fail Permohonan (Pembahagian Pusaka/ Tanah Persekutuan); dan

ii. Lokasi kejadian yang spesifik (Sila nyatakan Bahagian Ibu Pejabat/ JKPTG Negeri/ Unit Pembahagian Pusaka Daerah yang berkaitan).

Maklumat lain berkaitan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG)  boleh disemak di pautan https://www.jkptg.gov.my atau di media sosial JKPTG seperti berikut:

   JKPTGHQ

    @jkptgmy

     @jkptg

 
Fungsi Jabatan
Sebagai penggerak utama pengurusan pentadbiran tanah negara meliputi :
  1. Penyemakan Perundangan yang berkaitan Pentadbiran Tanah
  2. Pengurusan Rekod Harta Tanah Persekutuan
  3. Pengambilan Tanah bagi tujuan Projek Persekutuan
  4. Penyewaan dan Penguatkuasaan Harta Tanah Persekutuan
  5. Pengurusan Pembahagian Pusaka Kecil
Kuasa Ketua Pengarah Tanah & Galian (Seksyen 8, Kanun Tanah Negara (KTN),1965)
  1. Berunding dengan mana-mana Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri.
  2. Mendapat apa-apa penyata, laporan dan maklumat daripada mana-mana PTG berkaitan dengan pentadbiran Tanah di negeri-negeri.
  3. Mengadakan mesyuarat dengan semua PTG berkaitan pentadbiran Kanun Tanah Negara, 1965 (Akta 56/1965).
  4. Memeriksa rekod-rekod di Pejabat Pendaftar/Pejabat Tanah Daerah dengan kebenaran PTG.
  5. Mengeluarkan Pekeliling yang berkaitan dengan Pentadbiran Akta ini.
     

JKPTG berhak menolak aduan yang dikemukakan sekiranya pengadu tidak mengemukakan maklumat yang betul dan lengkap, aduan yang berniat jahat, berbentuk ugutan atau ancaman dan sebarang aduan yang menggunakan bahasa kesat dan lucah seperti yang dinyatakan di laman rasmi Biro Pengaduan Awam (BPA).

JKPTG juga tidak akan mencampuri dalam urusan kes-kes aduan yang melibatkan keputusan mana-mana mahkamah/ badan arbitari/ seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara syarikat/ individu yang tiada kaitan dengan peranan/ fungsi JKPTG selaku agensi Kerajaan.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader